Tuesday, May 29, 2012

Athirah & Kem Tahsin Al-Barakah 2

Pantai Merdeka

"Athirah seronok kat sini. Takde masalah apa-apa. 'Happy' je dengan kawan-kawan. Jangan risau...insyaallah, semoga semua dipermudahkanNYA", balas Ustazah Zainab bersungguh-sungguh (ikhlas) kepada isteriku. Alhamdulillah... Terima kasih ustazah.

Monday, May 28, 2012

Athirah & Kem Tahsin Al-Barakah

My 'little' Girl

"Ayah, gambar keluarga dah dimasukkan di dalam beg ke? Nanti kalau Athirah rindu, boleh tengok gambar tu" tanya Athirah mengingatiku."Sudah sayang, balasku lembut. Semuanya ada di dalam beg. Ayah, ibu dan adik2 harap agar Athirah dapat belajar sesuatu yang baik semasa berada di sini ya. Kami doakan yang terbaik untuk Athirah". Athirah tersenyum penuh makna sambil menunjukkan tanda bagus. Alhamdulillah, segalanya tampak berjalan mengikut perancangan yang telah dibuat. Kami "melepaskan" Athirah dengan iringan doa yang bertalu agar di lindungi dan diberkati Allah sentiasa. Selamat berjuang sayang...

Thursday, December 2, 2010

Basikalku


Hobi terbaru, mengayuh basikal. Banyak masa dihabiskan disampingnya. Kabus, renyai/lebat, bahang mentari, lelah, puas, indah, semuanya terakam bersamanya. Thanks buat isteri yang memahami. Nanti kita kayuh sama-sama ye.

Hari Raya Haji

Menyambut Hari Raya Haji di rumah. Kelihatan anak-anak di samping juadah yang sangat menyelerakan(semuanya dimasak
oleh isteri kecuali rendang daging dan ketupat pulut). Syukur padaNYA.

Wednesday, December 1, 2010

Thursday, November 26, 2009

Gunung Jerai Kala Pagi


Keindahan alam yang tidak termampu diucapkan dengan kata-kata, hanya puji-pujian bagiMu yang berhak segala. (Gunung Jerai Kala Pagi)











Wednesday, November 5, 2008

Saya Yang Tertewas



Setelah berbulan-bulan memendam rasa, akhirnya saya tertewas. The Kite Runner : A Novel (Khaled Hosseini). Buku ini saya beli di kedai buku Popular (Tesco, Melaka). Membaca permulaanya saja sudah memberikan satu perasaan yang aneh. Ada sesuatu pada buku ini. Saya gusar, jika buku ini secara paksa memotong queue senarai panjang pembacaan yang telah dirancang. Apa yang boleh saya buat, jika perasaan aneh ini selalu meminta-minta untuk dilayan. Buku ini sememangnya mempunyai tarikan yang kuat dan akhirnya perlu dibelai meninggalkan senarai panjang pembacaan buat seketika.